Friday, September 11, 2009

mati itu pasti

Berita yang aku dengar di kaca tv amat mengejutkan.jiran yang ku kenal sebagai mejar Zul telah pulang ke rahmatullah. semoga rohnya dicucuri rahmat. sedih sehingga menitiskan air mata. kerana minggu sebelum ini aku pulang ke jitra dan sempat menegur sapa.ajal maut ditangan tuhan. sedih dihati ini bila teringatkan anak2 yg ditinggalkan yatim lah mereka di aidilfitri kali ini. tabah buat si isteri yang telah kehilangan suami buat selamanya. buat abang long, abang cik , abang ngah, kak cik dan adik... sesungguhnya Allah mengasihi ayahmu. jadilah anak yang baik dan manjaga ibu yang masih ada. walaupun aku berjiran dengan mereka tidaklah lama tapi sayu dihati ini kerana yang pergi tak kan kembali lagi.selalunya aku hanya sedekahkan al fatihah jika dengar kematian sebegini, tapi kali ini aku menangis...sedih kerana aku mengenali arwah...terbayang wajahnya di mataku...sesungguhnya kita manusia redha dengan ketentuannya.Inalillah...

1 comment:

Noor said...

Ini dah ketentuan tuhan. Yang hidup pasti akan mati. Apa pun, kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat.