Ramai orang lebih mengenali orang lain, Tapi...tidak mengenali diri sendiri. Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri. *~*~*~*Kalau inginkan kesejahteraan setahun... tanamlah benih. Kalau inginkan kesejahteraan 10 tahun... tanamlah pokok Kalau inginkan kesejahteraan 100 tahun... Maka..didiklah manusia *~*~*~*
Friday, September 11, 2009
mati itu pasti
Berita yang aku dengar di kaca tv amat mengejutkan.jiran yang ku kenal sebagai mejar Zul telah pulang ke rahmatullah. semoga rohnya dicucuri rahmat. sedih sehingga menitiskan air mata. kerana minggu sebelum ini aku pulang ke jitra dan sempat menegur sapa.ajal maut ditangan tuhan. sedih dihati ini bila teringatkan anak2 yg ditinggalkan yatim lah mereka di aidilfitri kali ini. tabah buat si isteri yang telah kehilangan suami buat selamanya. buat abang long, abang cik , abang ngah, kak cik dan adik... sesungguhnya Allah mengasihi ayahmu. jadilah anak yang baik dan manjaga ibu yang masih ada. walaupun aku berjiran dengan mereka tidaklah lama tapi sayu dihati ini kerana yang pergi tak kan kembali lagi.selalunya aku hanya sedekahkan al fatihah jika dengar kematian sebegini, tapi kali ini aku menangis...sedih kerana aku mengenali arwah...terbayang wajahnya di mataku...sesungguhnya kita manusia redha dengan ketentuannya.Inalillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ini dah ketentuan tuhan. Yang hidup pasti akan mati. Apa pun, kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat.
Post a Comment