Friday, September 11, 2009

mati itu pasti

Berita yang aku dengar di kaca tv amat mengejutkan.jiran yang ku kenal sebagai mejar Zul telah pulang ke rahmatullah. semoga rohnya dicucuri rahmat. sedih sehingga menitiskan air mata. kerana minggu sebelum ini aku pulang ke jitra dan sempat menegur sapa.ajal maut ditangan tuhan. sedih dihati ini bila teringatkan anak2 yg ditinggalkan yatim lah mereka di aidilfitri kali ini. tabah buat si isteri yang telah kehilangan suami buat selamanya. buat abang long, abang cik , abang ngah, kak cik dan adik... sesungguhnya Allah mengasihi ayahmu. jadilah anak yang baik dan manjaga ibu yang masih ada. walaupun aku berjiran dengan mereka tidaklah lama tapi sayu dihati ini kerana yang pergi tak kan kembali lagi.selalunya aku hanya sedekahkan al fatihah jika dengar kematian sebegini, tapi kali ini aku menangis...sedih kerana aku mengenali arwah...terbayang wajahnya di mataku...sesungguhnya kita manusia redha dengan ketentuannya.Inalillah...

yang pergi tak kan kembali lagi

Jumaat September 11, 2009
Dua pegawai TUDM terbunuh bila pesawat ringan terhempas di Langkawi

ALOR SETAR: Pesawat ringan yang terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi, disahkan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang menjalani sesi latihan lencong.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, pesawat ringan PC7 MKII yang berpangkalan di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar itu terhempas pada 12.20 tengah hari tadi, setelah berlepas dari KTU pada pukul 11.54 pagi.

Komander pesawat ialah Mejar Mohd Zulkifli Hasan, dibantu Mejar Mohd Roszaini Mohd Mustafa, kata TUDM.

Kedua-dua juruterbang disahkan meninggal di tempat kejadian dan waris mereka telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

Difahamkan jenazah mangsa telah diterbangkan dari Hospital Langkawi ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Mohd Roszaini, 37, yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan meninggalkan seorang balu dan tiga anak, manakala Zulkifli, 38, berasal dari Taiping, Perak meninggalkan seorang balu serta lima anak.

Menurut kenyataan itu lagi, TUDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.BERNAMA

BERITA TERDAHULU

LANGKAWI: Seorang penduduk berkata beliau terdengar bunyi letupan kuat sebelum mendapati sebuah pesawat terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi.

"Waktu itu saya tengah buat kerja di rumah saya yang terletak kira-kira 200 meter dari pagar lapangan terbang berkenaan. Saya ingat bunyi mercun, tetapi bunyinya kuat sangat. Apabila saya pergi lihat, saya nampak sebuah kapal terbang sudah terjatuh serta sedang terbakar.

"Kakitangan lapangan terbang sedang sibuk memadam api," katanya Zawawai Shaupi, 38, kepada Bernama.

Katanya beliau juga dapat melihat dua mayat mangsa pesawat terhempas itu diusung dan dibawa keluar dari kawasan lapangan terbang.

Dalam kejadian tersebut, dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Mayat Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa, 37, dan Mejar Mohd Zulkifli Hasan, 38, kemudiannya dibawa ke Hospital Langkawi. BERNAMA

BERITA TERDAHULU:

ALOR SETAR: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia terbunuh apabila sebuah pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi.

Mereka dikenali sebagai Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa, 37, dan Mejar Mohd Zulkifli Hasan, 38.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putera di Langkawi, Yaakob Hassan berkata pesawat ringan itu dipercayai jenis Pilatus PC7 milik TUDM.

"Maklumat tidak rasmi yang saya tahu, pesawat itu dipercayai dari Alor Setar dan terhempas kirakira 90 meter dari landasan sebelum terbakar," katanya kepada Bernama.

Bomba, yang menerima panggilan pada pukul 12.32 tengah hari, menghantar 18 anggota ke tempat kejadian.

Yaakob berkata sebaik tiba di lokasi api telah padam.

"Mayat dikeluarkan dari kawasan lapangan terbang pada pukul 1.20 tengah hari dan dihantar ke Hospital Langkawi," katanya. BERNAMA

TERDAHULU:

ALOR SETAR: Dua maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putera, Langkawi Yaakob Hassan berkata pesawat ringan itu dipercayai jenis Pilatus PC7 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang dinaiki dua juruterbang pelatih.

"Maklumat tidak rasmi yang saya tahu, pesawat itu dipercayai dari Alor Setar dan terhempas kira-kira 90 meter dari landasan sebelum terbakar.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 12.32 tengah hari dan sebanyak 18 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yaakob berkata sebaik tiba di lokasi kejadian api telah padam dan mayat keduadua mangsa dikeluarkan daripada kawalan lapangan terbang pada pukul 1.20 petang.

Katanya mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Langkawi. BERNAMA

Monday, September 7, 2009

berbuka puasa..

Dalam perjalanan nak ke Penang, kepala asyik pikir nak berbuka di mana>>cadangan suamiku untuk berbuka di Hotel sekali-sekala katanya..aku ok aja. Tapi bila telefon semua dah penuh.Tak ada rezeki..last2 ambik keputusan berbuka di rumah kakak ipar di bidung, SP...beli juadah apa yang patut untuk tambahan makanan yg telah sedia di masak. Tepat jam 7.15ptg tiba di rumahnya. Kedatangan disambut meriah...berbuka dengan pelbagai jenis lauk pauk antaranya kari kepala ikan, daging masak kunyit, sup sayur, sambal petai ikan bilis, ikan gelama goreng, last ni yang mengancam budu...hhehe. jam 9.00mlm bertolak ke Penang..selesai satu percutian yang singkat dan penuh bermakna :-).

bergotong royong

Minggu ni balik jitra, semperna nuzul Quran.rasa seronokbila dapat balik walaupun sekejap..bawa balik bahan untuk menulis..buku2 dan artikel.bila sampai saja di rumah..huh banyak benda yang kena buat..berhabuk..sebulan sekali balik kena bersihkan ruangan tertentu.lipas pun dah banyak..ini yang tak best, coz semua benda berbau..tapi kerja memproses semua ni kerja suamiku..hehhe..aku buat yang mana patut jer.cuci tandas, bilik, stor dll.Yang bestnya dah hampir setahun dah tak bayar elektik dan air coz bawah rm 5, jimat. laman rumah dah penuh dengan rumput2 liar...ini kerja yang renyah..tak apa ada orang boleh take over duty ni..keluarkan sedikit rm sure beres.Ini nasib study dlm negeri kalau luar negeri sure dah jadi samun..esok ada aktiviti yang seterusnya perlu disiapkan...nanti takut tak sempat nak berkemas bila dah nak raya.Ambil kesempatan ini untuk bereskan kerja cuci-mencuci..ok dah penat..nanti sambung lagi.zzzzzz