Monday, February 9, 2009

bahasa MElayu ke MAna arah?

Bahasa Melayu Boleh Jatuhkan Yahudi

Semasa Perdana Menteri Turki Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, pada 30 Jan 2009 berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza, apa yang kebanyakan kita terlepas pandang ialah bagaimana bangganya Recep Tayyip Erdogan sepanjang sessi berkenaan beliau bercakap dalam bahasa Turki.

Beliau mengecam Peres dalam bahasa Turki, beliau membantah moderator dalam Bahasa Turki. Dengan bahasa Turki, bangsa Yahudi menerima tamparan hebat.

Tapi malangnya kita di Malaysia , malu nak guna Bahasa Melayu dalam persidangan antarabangsa (tak 'class' konon). Malu nak guna Bahasa Melayu dalam persidangan antarabangsa di Malaysia sendiri. Sehinggakan Matematik dan Sains pun diajar dalam Bahasa Inggeris.

Mana maruah, mana martabat, mana keagungan Bahasa Melayu ?

Berbanggalah dengan Bahasa Melayu, martabatkan kembali Bahasa Melayu.

Hidup Bahasa Melayu! Mansuhkan PPSMI!

Nota: Lebih banyak peluang pekerjaan akan wujud dalam seminar dan forum dalam dan luar negara apabila ramai akan menceburi bidang kerjaya sebagai penterjemah apabila Bahasa Melayu dimartabatkan.

No comments: