Monday, November 17, 2008

hari jururawat sedunia

Kepercayaan antara kunci utama kerana kesakitan dialami pesakit perlukan perhatian, rawatan setiap masa.

JURURAWAT tidak dapat dipisahkan daripada institusi kesihatan di seluruh dunia. Tidak keterlaluan dikatakan peranannya dalam memastikan kelancaran tugasan doktor boleh dianggap sebagai tulang belakang kejayaan sesuatu operasi perubatan.

Sayangnya kehebatan kerjaya itu kurang dihebahkan, tidak diperkatakan seperti bidang lain, menyebabkan tidak ramai menyedari kerjaya profesional itu tidak setakat memberikan suntikan kepada pesakit dan membersihkan kekotoran ditinggalkan selepas selesai pembedahan. Hakikatnya tugas itu terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan tanggungjawab di galas, memberikan hanya terbaik untuk meneruskan kehidupan pesakit yang pelbagai, termasuk bertarung dengan nyawa sendiri apabila berhadapan penyakit berjangkit.

No comments: